Sunday, November 10, 2013

Tinta Pendosa.




Assalammualaikum.

Yang Sebenarnya
Mungkin.
Tiba tiba.Aku tersedar.Tersentak.
dari lenaku yg lama.
Mungkin aku terlampau alpa.
Mungkin dendam itu masih tersisa.
Mungkin sebab sakit itu masih ada.
Mungkin sebab bisikkan halus yang sentiasa berusaha melalaikan.
Aku manusia biasa.
Mungkin.Aku tersasar dari sebuah erti kemaafan yg sebenar.
Mungkin.Aku lupa.
Aku juga pernah menyakiti.
Jadi bila disakiti aku tidak terbiasa.
Mungkin aku terlalu bendul.
Mungkin juga aku terlalu hitam sampai putih itu kelihatan kelam.
Aku tahu Tuhan,Kau rindukan aku.
Terima Kasih.
Sebab tak sesaat pun.
Kau putus asa dgn aku.
Aku hambaMu yang Hina.
Jangan pernah berpaling daripadaku.
Aku sedang bertatih.
Kalau tak berlari.
Aku merangkak.
Sungguh.Cinta itu untukMu.
Maaf andai aku tak sempurna.Memang tidak pernah.
Kerana sempurna itu.
Hanya Kau,Tuhanku.
Peliharalah aku.
Tuhan.
Terimalah sujudku.
sujud pendosa.


0 Komen di SINI, satu pon jadilah!hikhik:

 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥