Monday, May 28, 2012

Penakut :')



Assalammualaikum :)



Tak semua kau rencana kan berlaku,
 Mungkin nasib tak menyebelahi aku... Entah mengapa engkau yang aku cinta...Mungkin lebih baik kau ku lepas saja..
 Sejak bila kau penakut?
nak cakap tak mahu cakap.
Ish T________T'

Sunday, May 27, 2012

Bertudung vs Tak bertudung :)



Assalammualaikum 

Okey, it’s been a while tak update BELOG :) Its either banyak sangat benda nak hupdate
atau pun tak ada IDEA.hikhikhik.Mungkin entri kali ini bakal 
membuatkan segelintir pihak akan tersentap atau terguris mungkin?Tapi insyaallah,
as a servant of Allah at least kalau tak mampu buat perkara2 besar seperti berperang
menentang musuh secara fizikal,I would like to at least tulis info2 yang dapat dikongsi
bersama awk2 semua.
Semua orang boleh berubah,walo mcm mana jahilnya orang itu.
Dan kita sebagai manusia tak patut lemah kan semangat orang yg nak berubah tu.
Dosa tahu kita mematahkan semangat seseeorang yang nak berubah.
Dialog ni sbnarnya rekaan semata tapi bertujuan untuk mndidik . . apa2pun bertudung sopan menutup dada lagi baik. . sekarng ni bukan tutup aurat daa . . balut aurat jee . . konsep tutup aurat tu sndri pun sudah lari . . hurmm...


 
kesimpulannya,bertudung ni wajib..DAN SERUNYA DAH DATANG masa zaman
Nabi lagi..same mcm kewajipan bersolat..:)
Ini pun dah boleh kata seru.





Saya sudah, anda bila lagi ? :) 
  
Biarpun ada yg mengatakan hijab tu trend. Tp ia trend yg bagus. Dan Insya-Allah ia akan menjadi trend kerana Allah ♥


Wednesday, May 23, 2012

ORDINARY




Assalammualaikum


Im just ORDINARY. WAY OVER ORDINARY :)
Do you know the feelings of afraid not fulfill someone expectation.
Haish~

It's hard to trust someone, when everyone you have ever opened up to, has let you down and pushed you away... 

 

What will it be?
 

Rejab Bulan Allah :)



Assalammualaikum

 

Hari itu kita ada janji kan sama kamu nak hupdate tentang Bulan Rejab bulan Mulia ni?
Ouh kepada yang belum ganti puasa pon time ni lah boleh ganti.Nanti tup tup dah Ramadhan.
Bulan Rejab antara bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa :)





Catatan sejarah bulan Rejab:

1- Berlakunya peristiwa Israk dan Mi’raj pada 27 rejab tahun ke 11 kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut Jumhur Ulama’.

2- Solat 5 waktu di syariatkan dalam peristiwa tersebut.

3- Berlakunya peperangan Tabuk iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah S.A.W pada tahun 9 Hijrah.



Kelebihan bulan Rejab:

1- Sabda Nabi S.A.W: “Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat” (Al-Hadith)

2- Sabda Nabi S.A.W.: “Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanKu, bulan Ramadhan bulan Umatku.”

3- Kemuliaan bulan Rejab dengan malam Israk dan Mi’rajnya, bulan Syaaban dengan malam Nisfu Syaaban, dan bulan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.

4- Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi(Firdaus). 

5- Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

6-Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

7-Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
 

8-Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

9-Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

10-Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

11-Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”


**Dan banyak lagi kelebihan-kelebihan bulan Rejab, apa yang penting di sini adalah kita beramal atas dasar keikhlasan dan mengharapkan keredhaan daripada Allah semata-mata dalam beribadat.

 

Amalan bulan Rejab:

1- Memperbanyakkan berpuasa sunat di bulan mulia ini.

2- Solat-solat sunat selepas solat fardhu, solat sunat dhuha, solat sunat tasbih.

3- Berdoa memohon keampunan dan taubat, meminta diterima amalan ibadat, meminta dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat serta diselamatkan dari api neraka.

4- Bersedekah dan berzikir (Lailahaillallah), membaca (allahu akbar)100 kali selepas solat subuh dan asar.

5- Berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 10 atau 100 kali.

6- Beristighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.

7- Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

8- Pada malam harinya pula memperbanyakkan solat sunat (Qiamullail) sekurang-kurangnya 2 rakaat solat sunat Tahajjud.

 Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rejab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”




p/s:Kita dapat ini semua dari sumber2 yang kita cari.So ini bukan kita punya.
Sikit je kita tulis.
Tapi kita nak share dengan korang semua.
Baca tahu :)


 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥